Friday, January 08, 2010

New Year 2010

sekarang dah pukul 12.43am tapi aku dgn adif tak tido2 lagi..
ayah adif keluar PKD pulak malam ni sampai pagi esok...
TAKUTTTTTTT...
Macam mana aku nak hilangkan takut ni?
Yg sedihnya, ketakutan ini sudah diperturunkan kepada adifku itu..
kesian dia...
Byk keje le kat sekolah..
tp tak boleh nak merungut sebab aku rasa org lain lg banyak keje dr aku...
hmm...

Kenapa bila aku bercakap, aku tak reti nak berhenti???
Kenapa bila aku bercakap, mesti aku akan menyebabkan orang sakit hati???
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Wednesday, December 02, 2009

adif adif adif

dah cuti skolah and nothing to do except being a housewife which I'm suck at!!!!
My son is now 2 years and 9 months old...

Saturday, November 29, 2008

Muadzam Shah to Mersing

assalamualaikum wbt

esok moving day!!!!!

FYI

I have been repositioned to MRSM Mersing starting 22nd Dec 2008! Finally Faizal, Adif and I can be together....

2001 - 2005 US - Johor
2006 - 2008 Kelantan - Muadzam Shah
NOW - Together!!!!!!

Sadly, I have to leave all my friends and memories here...
To all my friends... please come and visit me in Mersing ye....
Take care....

Tuesday, August 22, 2006

gua musang pdg jarak pdg tekukur

assalamualeikum wbt

lalu mmg selalu lalu site ni tp nak singgah lama-lama tu cam susah laks. Ni baru ade pluang nak tulis something... hehe
kat opis pesot gune pc die huhuhu...
ape citer yek?
org2 madison sehat ke?
org2 bekas madison sehat ke?
family2 madison dulu sehat ke yek?
aku bertambah2 SEHAT hahaha..
dalam perut ada manusia lagi satu dah...
pekerjaan sebagai guru - boleh lah same je tension die dengan keje2 lain.
ada je masaelah2 yang tak disangka...
pressure bos2 dan ketua2 bos tak dapat disangkal lagi
adegan mengampu sugguh dahsyat.
beza sungguh banding dgn masa kat sana dulu
aku cuba la adapt... aku pun byk gak kekurangannya
anak2 murid pun PELBAGAI
anak2 homeroom best...
masuk kepala punyer!
meh le melawat aku di MUADZAM SHAh..
aku nak dgr jugak kabar roomate2 aku dolu.
senyap jer korang yek..
oh ijan, oh mazu apa kabar kau disana????
miss ya'll...
bye

Sunday, January 01, 2006

wedding

assalamualeikum wbt

something new at my end but will only tell the rest later... waittt...
I miss madison so muchhhhh!!!! when will I be there again? will I? luv ya'll

Monday, September 26, 2005

kursus kursus kursus

muahahahahahaha

masuk hari ni dah seminggu lebih tak masuk kelas sebab attend meeting. Minggu lepas pegi kl meeting modul matematik dlm bahasa inggeris and today meeting penggunaan email untuk KJs. Yang bestnye makan free memanjang muahahahahaha..
tp kesian budak2 byk tinggal belaja =(
minggu depan selaras III minggu satu lagi final exam
ok2 meeting dah nak start
tata

Friday, September 02, 2005

cuti-cuti

assalamualeikum wbt

wah wah wah begini sebuk rupenye alam bekerja heh... baru tau kenapa senior2 dulu senyap aje... ni belum tambah dah ada family, adoi adoi adoi...
aku nih tgh bercuti dikala maktab lain tak cuti sebab tempoh hari jd tuan rumah konvenseyn kepimpinan selama 4 hari. penat weihhh dan dari situ baru aku tau pe'el orang2 bekerja... hmm...
kawan-kawan, aku rindu sama lohh... jumpa kaunselor kamal yahaya and kak hanim (I think she's from the first batch of mrsm pdrm). Pegi Pekan umah Tun Abd Razak, pegi Taman Negara pastu bulan 9 ni naki gi KL nak wat modul matematik dlm bahasa inggeris. Aku dapat topik yg plg tidak digemari iaitu kebarangkalian.
Kat sekolah ade satu cikgu laki yg perangai tah apa2 tah... cikgu baru dah buat perangai grr... aku? aku maintain dengan keayuanku la hahahaha...
sekarang duk serumah ngan yana yg comel. ok la duk 2 orang tak byk hal sangat kot.. makan kat luar jer banyak aku rasa. makan kat umah mesti makan maggi kes kes kes... baju kurung mmg kene tambah stok since budak2 dok perati kite wooo....
calon2 PHD memang ramai, yg dah dapat lg ramai hihihihi.. habes la aku kene cili ni kalau ade org baca ayoyoyo...
ok la nak balik, cc dah nak tutup.. tata

Thursday, July 07, 2005

in Malaysia

assalamualeikum wbt

sampai malaysia may 20 pukul 1 lebey harituh. Terus ke Kuala Selangor rumah makcik utk kenduri kawen. The very next day terus balik Terengganu. Rehat 2-3 hari then dipanggil ke KL sebab atok tenat. Alhamdulillah dah ok sekarang atok tu. Stay sana for few days kemudian balik Terengganu balik. Kemas-kemas rumah, bilik etc. Mazu datang tak lama lepas tu, ambil barang-barang dia. Ijan pun sama, tp Ijan datang lambat sikit lepas tu. Atok dah boleh balik T'ganu tp masuk HKT pulak sebab sakit dada balik. 2 Minggu atok kat HKT dan 2 minggu tu la aku berulang alik hospital rumah jaga atok. Sekarang dah duk umah, ok dah sikit. 10hb june aku gi KL konon-konon nak report diri, tp org situ suruh aku tunggu sampai dapat result lengkap semua. Naseb baik naik tingkat 19 ade org layan sikit. Isi borang semua, then depa janji akan call very soon. Sungguh soon that aku turun nak minum air depan bgnn mara pn sufiah call. Interview aku 20hb June. Aku tanya nak buat apa interview? dia cakap nak ikut formality. Aku pun oooo je la. Balik Pantai Dalam, esoknya dapat call sekali lg. Interview aku 16hb June pulak!!!! wah wah wah ade lg 5 hari nak prepare. Akui dah beli tiket bali T'ganu pulak tu. Nak tak nak terpaksa balik sana, then patah balik KL 15hb tu. Esoknya pagi2 bute aku redah segala pengangkutan awam kat kl nak sampai MARA. Interview tak sampai sejam, pastu aku balik Pantai Dalam. Esoknya tersadai kat office mak sepupu aku sampai petang then balik kuantan. 2 Hari lepas tu balik T'ganu. Adik aku dah dapat kerja, so anak die yg due orang tu ditinggalkan untuk aku dr 6am sampai 11pm. Officially aku la "mak siang" diorang. Minggu lepas ayah aku tibe-tibe sakit dada. Tak ada org pandai bawak kete/moto dlm umah, maklumlah aku kan kaki bangku pastu org lain pegi kerja, so bapak aku bawak moto gi klinik kesihatan. Tup tup balai call cakap bapak aku dah ade dlm wad HKT. Bergegas mak aku jalan carik teksi nak gi hospital dan aku mcm biaselah dgn "anak-anak siang" aku kan. Resau dalam hati tuhan aje tahu... baru jer kluar hospital abah aku tu.. duk berehat sampai jumaat ni pastu kerja balik cam biase. Sakit ape? Sakit biase la... suspek jantung.. byk ubat wooo.. ade la dalam belas-belas aku tgk, gerun beb gerun! moga2 aku dijauhkan dr penyakit2 itu. Sekarang aku mcm tu la, family semua mcm tu la.. sehat =)
Aku jual top up telefon sekarang. Sambil2 jd tour guide kat hotel tempat adik aku kerja (Hotel Sutra Beach Resort) kalau ade foreign guests depa panggil la. Kalau tak tersadai kat umah ngan anak-anak la. Hari ni adik aku balik awal so aku amek kesempatan datang cc tulis sini, check email etc.

Ini alamat rumah family aku:

A-189 PAKR Wakaf Tengah 1
Batu Rakit 21030 Kuala Terengganu
Terengganu Malaysia

no telefon:

017 967 9460 (aku)
013 952 8839 (rumah)

mintak maaf la kalau aku tak reply email sapa2 yeh... nak reply bukan tak nak tp tu la, keadaan tak mengizinkan.. dah la tgh putus cinta ni kan.. hehehe..
Sekali lg sorry sebab tak in touch dengan semua orang. InsyaAllah ada masa aku akan update sini balik ye.. contact la kalau ada masa. Jaga diri masing-masing ok! take care.. bye

Wednesday, May 11, 2005

gender

assalamualeikum wbt

Below is a brief summary of a longer essay on gender equality or in Malay, "kesamaan gender":

Saya amat tertarik dengan berita yang disiarkan beberapa hari lepas berkenaan dengan persetujuan kerajaan Malaysia dan para kenamaan di persidangan NAM untuk mempertingkat dan melaksanakan sistem kesamaan gender di Malaysia. Penggunaan perkataan "kesamaan" mengganggu saya sedikit sebanyak berdasarkan impaknya samada baik atau buruk kepada masyarakat kita.

Feminis barat sendiri menekankan perlaksanaan ideologi berdasarkan dan mementingkan rumpun budaya dan masyarakat masing-masing tetapi menggalakkan perkongsian ideologi dan idea di peringkat antarabangsa. Jadi, dalam usaha meletakkan negara kita setaraf dengan negara-negara barat, tidak perlulah kita mengambil 100% perkataan, konsep atau perlaksaan sistem yang diamalkan mereka.

Negara-negara barat mementingkan kesamaan gender, mementingkan perlaksanaan apa jua bidang dengan mengabaikan gender dan melihat semua orang sebagai individu yang sama. Ini dapat dilihat dari perlaksanaan undang-undang mereka dan cara hidup mereka.Sistem ini dapat diterima pakai kerana mereka berjaya memisahkan agama dengan hidup mereka.

Walhal kita di Malaysia, sebuah negara Islam (pada saya, negara yang majoritinya beragama Islam) tidak boleh mengamalkan sistem yang sama kerana Islam tidak mementingkan atau meraikan kesamaan gender tetapi cara hidup yang saksama berlandaskan Quran dan sunnah. Islam itu adil, Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya, Islam itu saksama. Islam tidak hanya untuk orang yang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam tetapi kepada semua manusia. Jadi matlamat utama kita sepatutnya bukan untuk mencapai kesamaan gender tetapi untuk melaksanakan hak individu berdasarkan Quran dan sunnah.

Masyarakat barat sendiri ada masalah dengan penggunaan perkataan "kesamaan" kerana perlaksanaannya masih ada kekurangan, masih ada kumpulan yang ada kepentingan dan mahu meletakkan diri mereka diatas orang lain. Sebagai contoh, peluang pekerjaan dibuka sama rata kepada perempuan dan lelaki tetapi jika dilihat peratusan perempuan masih kecil terutama dalam jawatan penting. Di manakah kesamaan yang dilaung-laungkan sebenarnya?

Kesaksamaan gender, jika dilaksanakan di Malaysia akan mementingkan pemahaman isi Quran dan sunnah. Apabila individu sudah arif tentang hak-hak mereka, interaksi dengan individu lain tidak kira bangsa, agama dan cara hidup akan menjadi mudah dan berkesan. Masalah social akan berkurangan dan produktiviti negara akan bertambah.

Monday, April 25, 2005

almost done!

assalamualeikum wbt

shipping matters settled!!! alhamdulillah..
no more paid work
lots of papers, well actually only a couple
lots of arguing over the phone, Ijan heard it.. sorry beb!
I have a niece and a nephew now.. alhamdulillah...
moga dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan orang tua tercinta =)

Wednesday, March 30, 2005

shipping updates

Assalamualeikum wbt

InsyaAllah Abang Kamal Ismadi akan datang ke Madison pada April 24, 2005 (AHAD) untuk pick up kotak-kotak kita. Kapal tersebut akan bergerak akhir April 2005.

Kos per cubic ft: US5.50(Extra US35.00 for customers outside of KL, Selangor)

Kos dokumen: US35.00 + US50.00 = US85.00

Insurance: 5% of total values (tak wajib – cover kotak sahaja, maknanya kalau ada kotak hilang kita akan ganti kotak itu)

Pick up fee: US275.00 (total sebelum dibahagi dengan jumlah orang yang nak shipping; dalam US40.00 each person)

Sediakan salinan passport dan visa

Monday, March 28, 2005

dah bosan

assalamualeikum wbt

spring break dah habes.. klas dah start pun, tinggal lg tak sampai 2 bulan nak balik Malaysia kalau dipanjangkan umur. barang-barang dah beli, tak kemas lg, tak masuk kotak lg, tak confirm dgn abg kamal lg... well, die yg tak konfirm sebenanye, asyik bz ajer.. tanya pun tak jawab adoi la...
pakcik pun asyik sakit.. moga cepat sembuh lah harapnye...
adik harituh dah masuk wad menunggu bersalin tapi tak bersalin jugak lg
belum "masak" lg la tu... bagus jugak, rumah tgh krisis kewangan tahap dewa
orang kat sini pulak membazir utk sebab tah apa-apa heh.. astaghfirullah
sebelum nak jatuh hukum, nak mengadili orang lain, tengok dulu diri sendiri, ok kib?
ok...

Friday, February 25, 2005

Shipping guide

Assalamualeikum wbt

Berkenaan shipping barang-barang ke Malaysia

Abang Kamal dari Chicago dah lama handle students shipping stuff back to Malaysia dan sekarang tibe time kita pulak insyaAllah… Hari tu dah bincang-bincang informally kan, masih setuju untuk shipping dalam bulan April? Kalau ya, bila? Boleh setiap orang bagi range dates? then kita ikut majority, ok? =)

Easy steps:

1) Beli barang-barang nak bawak balik siap-siap (jgn ada yang tertinggal dalam list tu hehe..)
2) Beli kotak-kotak untuk shipping;
Dicadangkan beli kotak U-Haul saiz medium atau large (atau apa-apa jenis kotak yg saiznya lebih kurang kotak U-haul tu)
3) Beli tape (beli yg clear/multipurpose tape), beli ink printer (untuk print addresses), beli gunting
4) Masukkan barang-barang dalam kotak-kotak;
Jangan la isi berat-berat sangat, nanti payah orang nak angkut, nanti diorang tending-tendang je, nak?
(For example, kalau kotak medium tu, dalam 2-3 corelle ok la, then buku-buku then baju-baju)
Ala-ala kita nak angkat boleh lagi, ok la…
5) Buat list barang-barang yang ada dalam SETIAP kotak and estimate harganya. (tulis atas kertas elok-elok)
Numbered each box using Natural numbers (1,2,3,4…)
Tulis: 1 of 10 for example kalau total boxes tu ialah 10 dan kotak itu ialah kotak pertama =)
6) Tapekan kotak-kotak itu;
Tape kotak tu macam tak nak bukak dah sampai bila-bila hehe.. Maksud saya, jangan kasik ada lubang-lubang angin yang terdedah, tape semua bahagian, tepi atas bawah depan belakang. Kalau boleh, ulang tape 2-3 kali supaya “mat fit” or ponen-ponen kat depot tak boleh bukak/ give up nak bukak
7) Print maklumat diri atas kertas putih dengan JELAS;
Maklumat yang penting:
Nama penerima:
Alamat Penerima:
No Telefon Penerima (Home and Cell Phone):
Nama Pemberi:
Alamat Pemberi:
No. Telefon Pemberi (di US):
8) Tapekan maklumat ni kat kotak
Kalau boleh setiap kotak biar ada 2 copies opposite to each other supaya orang yg shipping nampak betul-betul
Guna CLEAR TAPE supaya maklumat tu nampak jelas
9) Ingat tak list barang-barang dalam setiap kotak tadi? OK,
Nanti bila kib dah dapat shipping cost (per cubic feet), kib bagitau semua orang and u all akan kira berapa untuk setiap kotak and total for all kotak.
Tulis dalam sehelai atau lebih kertas yang bersih dan JELAS
10) Bila dah dapat total, tulis check atas nama: KAMAL ISMADI ABDULLAH
11) Buat salinan PASPORT dan VISA (penting ni!!!!!)
12) Letak semua (9-11) dalam satu envelope dan tutup.
Tulis nama and jumlah check or cash yang ada kat dalam tu.
13) Tunggu abang Kamal datang pick up then hand in the envelope kat dia.
Alhamdulillah selamat bahagian kita… tunggu sampai Malaysia.. insyaAllah

elegi sepi

Artis : AZHARINA
Lagu : Elegi Sepi

Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu

Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu

Mungkinkah rasa bersalah
Masih menghimpit jiwa
Kerna terlalu tekad
Membuatmu terluka

Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya

Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu

Apa yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi

Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu

Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu

Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu

Friday, February 18, 2005

albert einstein

assalamualeikum wbt

ade org beritahu yg die bace satu artikel yg menyatakan bahawe lebih 50% orang genius menjadi gile dalam hidup mereka.
orang itu juga beritahu yang fenomena ini sudah dilihat dari dulu sampai sekarang dan kebanyakannye berpunce dari sifat orang genius itu yang suke mencube membuktikan sesuatu yang tak dicapai dek akal manusie ataupun suke mengkritik kehidupan manusie lain.

yang menarik perhatian saye ialah fakta ini tidak boleh dinyatakan sebaliknye iaitu orang gile bukanlah berasal dari seorang yang genius. jadi macam mana kite nak buktikan fakta ini?

Sunday, February 13, 2005

If I Ain't Got You

If I Ain't Got You Lyrics
(Alicia Keys)

Some people live for the fortune
Some people live just for the fame
Some people live for the power yeah
Some people live just to play the game
Some people think that the physical things
Define what's within
And I've been there before
But that life's a bore
So full of the superficial

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you

Some people search for a fountain
The promises forever young
Some people need three dozen roses
And that's the only way to prove you love them

Hand me a world on a silver platter
And what good would it be?
With no one to share, with no one who truly cares for me

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you, you, you

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you

If I ain't got you with me baby
Nothing in this whole wide world don't mean a thing
If I ain't got you with me baby

Monday, February 07, 2005

doa awal & akhir tahun

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun:
===============

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun:
================

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Saturday, February 05, 2005

wedding! wedding!

assalamualeikum wbt

selamat pengantin baru lan & ilham

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Ar Rum : 21]


Between the mirror and the heart
is this single difference:
the heart conceals secrets,
while the mirror does not.
-Rumi

Thursday, January 27, 2005

updates

assalamualeikum wbt

UPDATES on the Halaqah:

It will be on Sunday @ 5:30pm at the Liz water's Purple Room. This date is only for this week and we'll have new dates when we can figure the best date that could accomodate most people.

NEWS:

Kabul's Broiled Salmon has WHITE WINE inside it's creamy sauce!
Thank God the chef came and asked me before cooking.
So friends, next time we should all ask before ordering =)

Monday, January 24, 2005

halaqah

assalamualeikum wbt

Yasmin send me an email (well, she send to lots of other people as well) about MSA Sister's Halaqah this week. It will either be on Wednesday or Thursday, no final day has been decided yet.

To sisters who have some time to kill, why not join us! insyaAllah it will benefit us all =)

The Halaqah will take place at Liz Water's Purple Room @ 6pm.
I will update on the final set up day for this halaqah.
Oh.. and it is an ongoing activity, so share your email with us, and we will definitely send you email when there's one! =)

I met, talked and became friend with Katie Lorenzo, the UW volleyball player! hihihi... we're both in women studies and math classes. NICE.... I got her phone number too! so, anyone who's been crazy 'bout her all this time.. ehem ehem... hehe...

The Second Shift -- Arlie Russell Hochschild with Anne Machung

Thursday, January 20, 2005

I LOVE THE WAY HE LOVES ME

assalamualeikum wbt

itu la org cakap, kalau dah jodoh bertemu jugak.. Alhamdulillah
understanding new meaning of love, being loved, loving and in love
tq...

selamat hari raya untuk semua... maaf zahr & batin

Sunday, January 16, 2005

in love

Love is Reckless


Love is reckless; not reason.

Reason seeks a profit.

Love comes on strong,

consuming herself, unabashed.



Yet, in the midst of suffering,

Love proceeds like a millstone,

hard surfaced and straightforward.



Having died of self-interest,

she risks everything and asks for nothing.

Love gambles away every gift God bestows.



Without cause God gave us Being;

without cause, give it back again

-Rumi

Thursday, January 06, 2005

tsunami

assalamualeikum wbt

The fatal tidal wave that struck most South Asian countries:
I did make a mistake,
a day after the disaster took place Ijan and I were waiting for the bus and we were talking about it
then I made a remark: "padan muka Phuket, tuduh lagi malaysia.."
I shouldn't said that:
kejadian tu bukannya untuk kita tunding jari pada orang lain... bukannya untuk buka pekung org lain but for me to look back at myself.
moga dosa-dosaku diampunkan Allah... ameen

semoga semua orang faham keputusan yang aku dah dan akan buat...

motor kriss adik (ariff) kene curi =(
mekmah dah balik rumah, tak larat dah nak kerja sbb perut dah buncit (6 bulan)...
hai la... nak masuk 2 dah anak sedara... =)

Monday, January 03, 2005

so be it!

assalamualeikum wbt

fitting myself again to working environment after 3 days of total rest =) alhamdulillah...
so many people but few computers to work on.. hmm... luckily I have my own station hehe...
people keep sending reminder to donate to the unfortunates in Aceh and India..

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)" [Al-Baqarah:215]

2 weeks left before new semester begin.. huhuhu last one for me and some others =)
pray for our success, tq
cik dillah pesan barang huhuhu..
sth on the news shocked me: they are killing and selling those orphans in Aceh and India hmm.. making many out of human being ayooo.. don't do that.. at least do nothing u know..

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya" [Al-Baqarah:83]

missing my beloved niece =(

Malaysia 3 Thailand 5

Thursday, December 30, 2004

new year's eve

link sana link sini... cakap tak serupa bikin daa

aha.. so rakyat-rakyat malaysia overseas ni, ingatlah pesan PM kite.. tukar cara sambutan tahun baru tu ye.. toksah dok terhuhah-huhah kesan kemari... mari kite berdoa beramai-ramai moga dijauhkan dari malapetaka... ameen

bye dave (this is dave; David Krane at my workplace not the other dave), we'll miss u a lot.. and thanks for all your hard work =)


Wednesday, December 29, 2004

cakap tak serupa bikin

liza ialah seorang yg sangat dihormati dan disayangi rakan-rakannya dek kesopanan dan manis wajahnya. Dia juga seorang pelajar yang pintar disekolahnya. Linda, rakan baiknya pun sama cuma dia kurang menyerlah dalam pelajarannya. Walaubagaimanapun mereka bersahabat baik dan saling tolong menolong dalam banyak perkara.
"Liza, petang ni jadi kita ke perpustakaan?" tanya Linda. Mereka berdua memang banyak menghabiskan masa bersama di pusat ilmu. Maklumlah peperiksaan SPM makin dekat.
"ermm... ermm... aku tak boleh hadir petang ni. Aku ada hal dirumah." balas Liza.
"ada apa-apa tak elok dah jadi ke?" tanya Linda risau.
"eh... tak ada lah! ermm... ermm... adik aku, adik aku tak ada orang nak jaga petang ni. Parents aku nak keluar!" balas Liza.
"ooo... tak apalah. Kalau kau nak aku salinkan apa-apa nota tambahan beritahulah ye." Linda menepuk belakang Liza.
"hmm.. nak salinkan nota??? aku dah salinlah! kau jer yang lambat!" bentak Liza didalam hati.

petang itu,
"awak nampak cantik hari ni..." tegur Amir lembut. Rupa-rupanya Liza pergi berjumpa dengan Amir di perpustakaan awam. Sudah 3 minggu mereka berkenalan. Memang tak dapat dinafikan ketampanan Amir, tambah lagi dia juga seorang atlit disekolah.
"terima kasih... awak pun apa kurangnya." balas Liza. Amir yang mengajak Liza berjumpa di perpustakaan awam kerana bimbang hubungan mereka akan diketahui umum. Mereka tahu peraturan sekolah yang ketat itu dan mereka berdua pula adalah idol disekolah. Pasti perhubungan mereka tidak disenangi banyak pihak.
Rancangan mereka untuk belajar bersama petang itu lebih banyak diselangi dengan sembang kosong. Masing-masing puas hati dapat berjumpa.
"buat apa aku nak risau, aku budak pandai..." kata Liza didalam hati

Sejak itu, Liza selalu menolak ajakan Linda untuk ke perpustakaan. Walaupun Linda berasa kurang senang tetapi didiamkan sahaja kerana dia tahu rakan baiknya itu tahu menjaga dirinya. Dia mencari khidmat guru tuisyen dan mengajak rakan-rakan sekelas untuk belajar bersama.
"Linda, mana Liza. Dia tak ikut kita semua belajar sekali?" tanya Ruhani. Masing-masing berpandangan. Betul juga kata Ruhani. Linda dan Liza memang tak dapat dipisahkan dari dulu lagi, semua orang sedia maklum.
"Dia sibuk dirumah katanya. Mungkin ada hal keluarga" balas Linda.
"ermm.. kalau aku beritahu, kau jangan marah ya.." celah Alia
"apadia?" Linda ingin tahu
"ermm.. ermm... aku rasa Liza bukan ada hal dirumah. tapi... tapi... dia pergi belajar dengan Amir, atlit sekolah kita tu.." Alia teragak-agak untuk bercerita.
terbeliak mata Linda mendengar cerita itu. Tak mungkin Liza menipu dirinya. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Kenapa mesti Liza merahsiakn perkara itu darinya.
"maafkan aku Linda kalau aku buat kau sedih. Mungkin aku tak patut ceritakan hal ni pada kau.." Alia bersedih
"eh tak apa.. sudahlah, asalkan dia belajar itu sudah cukup pada aku. Jom kita mula ulangkaji..." Linda senyum hambar. Dia terpaksa melupakan pedih dihati. peperiksaan SPM makin dekat, dia mesti belajar bersungguh-sungguh.

Peperiksaan SPM bermula hari ini. Linda memulakan langkah dari rumah dengan tenang dan doa. Dia bersalam dengan kedua orang tuanya sebelum bertolak. Begitu juga Liza. dia sangat yakin akan persediaannya untuk menghadapi peperiksaan ini. Kertas demi kertas mereka lalui dengan tenang. Alhamdulillah minggu genting itu berakhir dengan jayanya.

Beberapa bulan kemudian keputusan SPM diumumkan. Liza datang kesekolah dengan Amir manakala Linda datang dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
"Alhamdulillah..." Linda melihat keputusannya. Semua rakan-rakan memeluk dan mengucapkan tahniah kepadanya. Linda dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh daerah tempat tinggal mereka.
"Liza, keputusan kau bagaimana?" Linda bertanya
"aku... aku... dapat ini.." Liza menunjukkan slip keputusannya kepada Linda.
"Alhamdulillah... tahniah Liza tahniah.." Linda memeluk sahabat baiknya itu.
"tahniah? apa yang aku dapat tak sehebat apa yang kau dapat.. kau perli aku ya?" balas Liza sedikit lantang.
"janganlah begitu Liza. Keputusan kau itu juga cemerlang.." Linda memujuk.
Liza masih tidak berpuas hati. Ditepis tangan Linda yang memegang bahunya dan beralih menuju ke arah Amir.

"Maafkan saya Liza, saya mahu bersendiri sekarang..." Amir meminta diri
"dan jangan cari saya lagi..." sambung Amir
Liza tersentak. Kenapa Amir berubah laku. Apa salahnya sekarang? Adakah kerana keputusannya yang kurang berjaya itu? Adakah dia punca keputusan Amir juga teruk? Liza jadi buntu...

Tuesday, December 28, 2004

nikmat tuhan

assalamualeikum wbt

I just set my msn messenger to "appear offline" this few days.. who is this person?no matter how hard I tried to block him, he just keep coming back...
working full time this break, 10:30am - I'm exhausted... heh...
jeles jugak tgk org pegi bercuti but this is what I chose to do and I am happy doing it =) alhamdulillah... susah-susah dahulu, senang-senang kemudian insyaAllah...

Wednesday, December 22, 2004

benci

assalamualeikum wbt

By right this is my blog so I can write anything I want, I mean anything, can I?
well.. I just want to express a little bit how I feel at present:

saye sangat geram/marah/sakit hati/hilang kepercayaan sebab semua yg saye cerite/semua yg berlaku pada diri saye yg boleh disaksikan diceritekan/direport kepada orang lain.. grr.... how much did u got paid for doing so??? what do you gain from such a pity story/news/event...grrrr....
sudah beberapa hari saye menahan rase ini, I feel like I don't want to look/talk/think/imagine/describe you EVER again but I sort of have to you know...
"bertelur sebiji tapi riuh sekampung" tp bukan ayam yg riuhkan, itik yg riuhkan.. grrrr.....
nak duduk dalam gua la... grrr....

Tuesday, December 14, 2004

My sisters and I

My sisters and I

I believe in the messenger of God, Muhammad
Sent from the one true God, Allah
If He did not exist in essence
Then the heavens and the worlds
We would not see them

What part of me does my mother look at?
My palms
What part of me does my father look at?
My female organ
What part of me does my husband look at?
My belly
What part of me does my child look at?
My breasts
What part of me does a woman look at?
My head

I am not attached to my mother
I am not attached to my father
I am not attached to my husband
I am not attached to my child
I am with those who quake the world with their soft hands
I am one of God’s children
My siblings are my sisters

I am not afraid of my sister
For a sister does not stab a sister from behind
I am not afraid of the Dodo
For he is better than a bad sister
But I am afraid of the world
For the world kills us all

Who will stop them?
Someone is beating one of us
Century after century, no end to this
That’s life you say
Are you telling me?

Nights and days I couldn’t sleep
I couldn’t stop what my daughters left
We ought to give them the foundation
To become strong
For when they are married
They don’t just sit in the entrance hut
They don’t hanker after buying spitted meat
But they will walk side by side with their husband

Education, for us at all time
If we seek it we may escape
She who has no education will have no position in life
Thus my friend
Education is the thy to hold to

Whatever you wish to do, go and do it
For by God, we all support you
We are certain that your thoughts are with the people from Daura
Because you remember what happen to the ill-fated one

My sisters let us not be deceived
The world has set people out in front
Let us be in the eyes of the world
We may have no beard on our cheeks
But in our heart we carry a sword
My sisters let us not be deceived

However sweet kolanut gets in the mouth
It disappears after moments of chewing
I will stop here, until next time
Peace be upon you all

It is not at all my business if u don't understand the above piece
I wrote it and I received good grade for it.. alhamdulillah...
to biskut, nobody look for the trash they already threw in the bin..
to the trash, be strong! u've been threw away but it doesn't mean u're a waste
u'll be recycled and reused =)
take care everyone!
good luck with finals!!!!

Saturday, December 11, 2004

reunion

assalamualeikum wbt

the semester is almost over; mine particularly will end on Dec 20th insyaAllah...
I met Christine yesterday after so many months, she's doing great I would say Alhamdulillah...
Tonight, the MISA-Sisters will organize a free makan-makan @ Sukothai huhuhu.. datang la jangan tak datang plak kanak-kanak madison yang cun!
atem is getting married today (while I'm writing this entry maybe...) congrats my friend!

'Allahualam...

Saturday, December 04, 2004

komp sakit!!!

assalamualeikum wbt

Yet there are men who take (for worship) others besides Allah, as equal (with Allah): they love them as they should love Allah, but those of Faith are overflowing in their love for Allah. If only the unrighteous could see, behold, they would see the Punishment: that to Allah belongs all power, and Allah will strongly enforce the Punishment. [2:165]