Thursday, July 07, 2005

in Malaysia

assalamualeikum wbt

sampai malaysia may 20 pukul 1 lebey harituh. Terus ke Kuala Selangor rumah makcik utk kenduri kawen. The very next day terus balik Terengganu. Rehat 2-3 hari then dipanggil ke KL sebab atok tenat. Alhamdulillah dah ok sekarang atok tu. Stay sana for few days kemudian balik Terengganu balik. Kemas-kemas rumah, bilik etc. Mazu datang tak lama lepas tu, ambil barang-barang dia. Ijan pun sama, tp Ijan datang lambat sikit lepas tu. Atok dah boleh balik T'ganu tp masuk HKT pulak sebab sakit dada balik. 2 Minggu atok kat HKT dan 2 minggu tu la aku berulang alik hospital rumah jaga atok. Sekarang dah duk umah, ok dah sikit. 10hb june aku gi KL konon-konon nak report diri, tp org situ suruh aku tunggu sampai dapat result lengkap semua. Naseb baik naik tingkat 19 ade org layan sikit. Isi borang semua, then depa janji akan call very soon. Sungguh soon that aku turun nak minum air depan bgnn mara pn sufiah call. Interview aku 20hb June. Aku tanya nak buat apa interview? dia cakap nak ikut formality. Aku pun oooo je la. Balik Pantai Dalam, esoknya dapat call sekali lg. Interview aku 16hb June pulak!!!! wah wah wah ade lg 5 hari nak prepare. Akui dah beli tiket bali T'ganu pulak tu. Nak tak nak terpaksa balik sana, then patah balik KL 15hb tu. Esoknya pagi2 bute aku redah segala pengangkutan awam kat kl nak sampai MARA. Interview tak sampai sejam, pastu aku balik Pantai Dalam. Esoknya tersadai kat office mak sepupu aku sampai petang then balik kuantan. 2 Hari lepas tu balik T'ganu. Adik aku dah dapat kerja, so anak die yg due orang tu ditinggalkan untuk aku dr 6am sampai 11pm. Officially aku la "mak siang" diorang. Minggu lepas ayah aku tibe-tibe sakit dada. Tak ada org pandai bawak kete/moto dlm umah, maklumlah aku kan kaki bangku pastu org lain pegi kerja, so bapak aku bawak moto gi klinik kesihatan. Tup tup balai call cakap bapak aku dah ade dlm wad HKT. Bergegas mak aku jalan carik teksi nak gi hospital dan aku mcm biaselah dgn "anak-anak siang" aku kan. Resau dalam hati tuhan aje tahu... baru jer kluar hospital abah aku tu.. duk berehat sampai jumaat ni pastu kerja balik cam biase. Sakit ape? Sakit biase la... suspek jantung.. byk ubat wooo.. ade la dalam belas-belas aku tgk, gerun beb gerun! moga2 aku dijauhkan dr penyakit2 itu. Sekarang aku mcm tu la, family semua mcm tu la.. sehat =)
Aku jual top up telefon sekarang. Sambil2 jd tour guide kat hotel tempat adik aku kerja (Hotel Sutra Beach Resort) kalau ade foreign guests depa panggil la. Kalau tak tersadai kat umah ngan anak-anak la. Hari ni adik aku balik awal so aku amek kesempatan datang cc tulis sini, check email etc.

Ini alamat rumah family aku:

A-189 PAKR Wakaf Tengah 1
Batu Rakit 21030 Kuala Terengganu
Terengganu Malaysia

no telefon:

017 967 9460 (aku)
013 952 8839 (rumah)

mintak maaf la kalau aku tak reply email sapa2 yeh... nak reply bukan tak nak tp tu la, keadaan tak mengizinkan.. dah la tgh putus cinta ni kan.. hehehe..
Sekali lg sorry sebab tak in touch dengan semua orang. InsyaAllah ada masa aku akan update sini balik ye.. contact la kalau ada masa. Jaga diri masing-masing ok! take care.. bye