assalamualeikum wbt
heh... blogger.com got new features!!!! kewl2! heheh.... today is my last working day! yahoooo!!!!!!! alhamdulillah.... tomorrow and the next few days I'll be relaxing and some house cleaning huhuhu... got email from Amir yesterday; he's in Israel rite now.... see u next fall!
can't wait to got back home la... Good Luck for STC MISG/IMSA and SUMMER CAMP MISA 2003... May Allah make it easy for us all insyaAllah...
Monday, June 30, 2003
Monday, June 23, 2003
assalamualeikum wbt
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal.”
Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.
Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal.
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadia semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W aga r sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. “Kenapa kau hidup sendirian?” tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.
Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya… berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, “Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal.”
Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan?

Saturday, June 21, 2003
assalamualeikum wbt
just called home -- my sis was charged to the hospital for bleeding urination, my mom said it isn't that serious (normal for pregnant woman) insyaAllah.... her husband went fishing and sell the fish he caught to pay for the hospital fees. Be tough sis! Allah always with us!
my other sis is counting days to my return, how sweet! will make use of the time very well this time, spending time with my family and family and family... :-)
I updated pictures section with photos of baby nurin camela. Me and my housemates went to visit them earlier this evening. MasyaAllah... she's sooooo a good baby girl, just sleeping ALL THE TIME. Then we went to the park near the campus dormitory. White & pink roses, assumed lavender, and many other kinds of flowers are so beautiful. Thank you Allah! Thank you Allah
pooh is GONE!!!!! where's pooh!?????? :-(

Sunday, June 15, 2003
assalamualeikum wbt
long time no writing aaa... hmm... been busy lately, with works and life (did I?) a little bit to warm up my heart AGAIN heh...
Munafik adalah penyakit hati
SATU daripada tanda orang munafik ialah dia mengaku beriman dengan lidah, sedangkan hatinya penuh kesesatan. Ia memperlihatkan Islam dan menyembunyikan kekufuran.
Oleh itu, Islam menolak dan meletakkan mereka dalam golongan orang tidak beriman dan ia dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, pada hal mereka sesungguhnya bukan orang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang beriman, pada hal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar.” Al-Baqarah: 8-10
Sebenarnya, dengan berbuat demikian mereka cuba menipu Allah, pada hal Allah mengetahui segalanya.
Akal mereka yang tidak waras membuatkan mereka menyangka mereka dapat menipu Allah. Ini kerana tiada sesuatu yang berlaku di dunia ini tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
Inilah yang menunjukkan mereka jahil, tidak mengenal Allah. Jika mereka mengetahui, tentu mereka sedar Allah tidak boleh ditipu.
Tipu bererti bencana terhadap diri sendiri, baik di dunia mahupun di akhirat, kerana Allah berkuasa membongkar segala rahsia mereka.
Sesungguhnya, sifat nifak (munafik) adalah penyakit hati yang berbahaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, ia adalah duri dalam daging yang menikam dari dalam.
Ini pernah berlaku dalam sejarah Rasulullah s.a.w ketika baginda membina masyarakat Islam pertama di kota Madinah.
Golongan munafik sesungguhnya jauh lebih besar bahayanya daripada orang yang terus kufur. Mereka musuh dalam selimut bagi sesebuah negara, organisasi dan masyarakat.
Dalam ayat berkenaan juga Allah menjelaskan, orang munafik sebenarnya ada penyakit dalam hati mereka.
Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dalam tafsirnya berkata, sakit adalah lawan bagi sihat, manakala hati yang sakit bererti hati yang tidak sihat dan lemah keyakinannya terhadap pegangan agama.
Orang munafik sebenarnya berdolak-dalih sikapnya di antara Islam dan kufur.
Di atas sifat itu, Allah menambah terhadap mereka pelbagai penyakit dan sifat keji seperti hasad, dengki, sombong dan penipu.
Akibatnya, mereka akan menerima azab amat pedih di akhirat. Dalam ayat lain Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang munafik (ditempatkan) di tingkat paling bawah di neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” An-Nisa: 145
Prof Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya menulis, sejarah membuktikan Rasulullah kerap kali berdepan ancaman munafikin pada zamannya, tetapi akhirnya baginda berjaya menewaskan mereka.
Tabiat sama
Hal ini membenarkan fakta sejarah bahawa munafik dan Yahudi adalah dua perkara yang sepadu dan sebati kerana ia ada sifat dan tabiat sama.
Orang munafik memutar-belitkan orang lain dengan perbuatan dan kata-kata, memperlihatkan kelembutan bahasa dan kehalusan budi.
Bagaimanapun, semua itu sebenarnya ‘racun’ yang boleh membunuh. Demikian kalau kita perhatikan gelagat Yahudi dalam kancah politik dunia hari ini.
Ayat itu sebenarnya menggambarkan apa berlaku di kota Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. Walaupun ayat itu ditujukan kepada golongan munafik, ia juga mencakupi setiap orang yang ada ciri munafik di sepanjang zaman.
Sekali pun masa dan tempat berubah, sifatnya sama. Oleh itu, hukumnya juga sama. Nifak adalah sifat dalaman atau penyakit hati, tidak kira siapa, bangsa, bila dan di mana ia berlaku.
Walaupun masa sudah lama berlalu dan umat Islam tersebar di seluruh dunia, kita dapati gambaran seperti itu berulang lagi kepada generasi hari ini. Kita dapati ramai orang tidak berani menyatakan kebenaran dan keimanannya sebagai mukmin sejati, sebaliknya berani mengingkari kebenaran, sekali pun menjejaskan keimanannya.
Bagi mengenali umat Islam munafik, Rasulullah s.a.w menerangkan beberapa tanda dalam sabdanya bermaksud: “Tanda munafik itu tiga, iaitu apabila dia bercakap dusta, apabila berjanji tidak ditepati dan apabila diserahkan amanah, dikhianati.” (Riyawat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya, dusta atau sikap talam dua muka adalah ciri munafik. Marilah kita sama-sama beriman dengan ikhlas kepada Allah dengan menjauhkan diri daripada bersifat lain di mulut, lain di hati.
Sebaliknya, bersikap terus terang dalam kata-kata dan berani bertindak, selari dengan keimanan kepada Allah. Inilah sifat mukmin yang sejati. Semoga Allah memberi kita kekuatan berani kerana benar dan takut kerana salah.
Ketawa melampau hilang ilmu
BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.
Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.
“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,” demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.
Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.
Nabi pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Saidina Ali sentiasa mengeluh: “...jauhnya perjalanan...sedikitnya bekalan...”
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.”
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Beberapa sahabatnya pernah berkata: “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

Sunday, June 08, 2003
assalamualeikum wbt
Perbezaan nilai dan budaya antara dalam dan luar rumah mewujudkan konflik kepada peribadi anak-anak sehingga menyebabkan timbul kesangsian kepada mereka. Untuk mengatasinya, anak-anak terpaksa mencari pegangan hidup tertentu untuk dijadikan panduan.
Penyelaras Ikatan Mahasiswa Muslim Malaysia Pulau Pinang, Dr Mohd Zin Kandar, berkata konflik yang dihadapi anak-anak sebenarnya banyak didorong oleh persekitaran semasa yang semakin kompleks, termasuk dari segi pergaulan, tahap sosioekonomi serta pertembungan budaya.
“Persekitaran tidak sihat banyak mempengaruhi pelajar ke arah melakukan perbuatan yang salah kerana tiada pegangan boleh dijadikan benteng daripada bertindak di luar batasan.
“Di rumah, kita dapati ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni, tetapi apabila mereka keluar, nilai itu tiada dalam masyarakat dan ia akan mempengaruhi diri anak-anak.
“Keadaan menjadi lebih buruk jika gejala itu berpunca daripada sokongan dan dorongan rakan-rakan,” katanya.
Mohd Zin berkata, masalah kesihatan mental di kalangan anak-anak masa kini banyak dikaitkan dengan keadaan zaman yang semakin berubah, selain kehidupan sesebuah keluarga. Menurutnya, apa yang perlu dititikberatkan dalam masalah yang melanda itu ialah institusi kekeluargaan perlu berfungsi sebagai pihak yang mesti bertindak awal menghalangnya daripada menjadi lebih buruk.
“Dalam hal ini, ibu bapa perlu memahami nilai kekeluargaan seperti menerapkan nilai Islam dalam keluarga sehingga mewujudkan hubungan akrab sesama anggota.
“Apa berlaku kini, ia tidak ditunjukkan dalam keluarga dan ibu bapa perlu memulakannya dengan menunjukkan contoh supaya anak-anak dapat mengikuti apa yang dilakukan mereka,” katanya.
Kata beliau, yang menjadi masalah ialah ada ibu bapa meminta anak-anak bersolat, tetapi mereka sendiri tidak berbuat demikian.
Katanya, apabila anak-anak semakin membesar dan boleh berfikir secara matang, akan timbul di dalam diri mereka persoalan mengapa ibu bapa tidak melakukan apa yang disuruh mereka dan ini akan mencetuskan konflik dalaman yang membawa kepada penentangan arahan yang diberikan.
Mohd Zin yang juga pakar motivasi berkata, nasihat saja tidak mencukupi untuk memberi contoh terbaik kepada anak kerana tindakan juga penting ditunjukkan kepada mereka.
“Masalah kesihatan mental yang dihadapi pelajar ketika ini akan memberi kesan kepada pembelajaran di sekolah.
“Apabila fikiran mereka bermasalah, tumpuan terhadap pelajaran akan terjejas kerana mereka bukan dalam keadaan sihat untuk belajar,” katanya.
al fatihah to one of our friend who's sister passed away in an accident (refer to today's headlines in utusan.com.my). May she be blessed... ameen
we had a picnic today at Vilas Picnic Point -- Kak Sah and family and Kak Aya's children came! yeay! we had chickens, sosej, corns and some desserts -- alhamdulillah it went well, at the end Abg Malik asked Nurin if she wanted to come home with us; she said YES! huhuhu... but then she need to ask Kak Aya's permission first (maybe tomorrow Nurin!?) :-)