Suhaimi menekan-nekan butang nombor ditelefonnya. Selepas mendapat nombor telefon Hafiz dari Iman tadi terus dia mendail nombor itu.
"Assalamualeikum, Hafiz ada?" tanya Suhaimi sopan.
"Maaf tiada orang bernama hafiz disini!" dan ganggang diletakkan. Panas hati Suhaimi 'kalau ya pun aku mengganggu, tak perlulah dihempas telefon tu' bentak hatinya. Tak jadi niatnya hendak bertanya hafiz pelajaran dikelas semalam. Iman pun bermain hoki dengannya semalam. Hafiz sahajalah harapannya untuk tidak ketinggalan dalam kelas. 'Siapa perempuan dalam telefon tadi? Suaranya seperti pernah aku dengar!?' bisik hatinya lagi. Laju sahaja langkahnya kebilik terus dihenyak badannya kekatil bujang dibilik itu. Ingatannya kembali semasa dia bermain hoki menetang Kolej Hang Jebat semalam. Rimas betul dia dengan kehadiran penyokong-penyokong yang terlampau ramai, menjerit-jerit ditepi padang. Bukan apa, Suhaimi risau kalau bola hoki yang keras itu terkena penonton. Kemudian dia teringat pandangan terkunci disatu sudut padang. Dalam ramai-ramai penyokong yang bersorak ada seorang gadis manis bertudung yang diam sahaja. Gadis itupun seperti rimas dengan keadaan sekeliling. 'Kenapa dia berada dipadang semalam' hati Suhaimi bertanya-tanya. Semasa tamat separuh masa pertama, dia sempat menjeling gadis itu, kebetulan gadis itupun sama memandang kearahnya dan mata mereka pun bertemu tapi gadis itu hanya senyum tawar sahaja. Suhaimi yang terkejut dengan reaksi gadis itu terus memalingkan muka kearah lain.
"Mi, ada orang mahu cari dibawah" Tersentak Suhaimi mendengar suara ibunya diluar bilik. Pantas dia bangun dari pembaringan.
"Panjang umur kau Piz, aku baru mahu telefon kau!" bicara Suhaimi apabila melihat Hafiz duduk disofa diruang tamu.
"Itulah. Iman beritahu aku tadi. kau mahu nota dari kelas Puan Chempaka ya? Ini aku bawakan. Ada satu soalan yang puan Chempaka beri semalam yang aku tak dapat jawab. Boleh kau tolong?" Hafiz mengaharap. Serentak Suhaimi mengajak Hafiz kebiliknya, lebih selesa belajar dimeja katanya. Ibu Suhaimi berjanji akan menyediakan air dan sedikit makanan untuk mereka berdua. Hafiz tersenyum sahaja. Setelah menelek-nelek nota dan soalan yang dikatakan Hafiz tadi, Suhaimi mengangguk.
"Oh ini soalan yang Puan Chempaka beri minggu lepas Piz. Kenapa kau tak tanya dari awal?" Suhaimi bersuara. Hafiz berasa bersalah, dia tahu soalan itu hanya diulang sahaja oleh Puan Chempaka tetapi dia terlalu sibuk hingga tak sempat nak mencuba soalan itu betul-betul. Sebab itu dia berharap Suhaimi boleh membantunya.
Hampir 3 jam mereka belajar dibilik Suhaimi. Air dan makanan yang disaji ibu Suhaimi pun sudah licin. Hafiz meminta diri untuk balik. Mereka berjanji akan berjumpa di kelas esok pagi jam 10.
"Cayalah Mi! Padan muka budak-budak kolej Hang Tuah tu. Dulu berlagak sangat menang 1-0 dengan kita. Sekarang! kau balun diorang 5-2. Padan muka!" tempik Alsraf. Dari dulu lagi dia tidak puas hati dengan pelajar senior yang bermain untuk kolej Hang Tuah semalam. Puas hatinya.
"Sudah-sudahlah. Alhamdulillah kita menang. Lain kali belum tahu lagi." Ujar Suhaimi. Suasana dikelas kembali damai apabila Encik Rahmat tiba. Semasa Suhaimi hendak duduk dikerusinya, tiba-tiba matanya terpandang gadis semalam. 'Masih ayu..' katanya perlahan.
"Terpikat ke?" usik Diba. Suhaimi senyum tersipu-sipu. Pelajaran hari itu berjalan seperti biasa tetapi Suhaimi sukar menumpukan perhatian. Fikirannya masih pada gadis ayu yang dijumpainya semalam dan tadi. 'Betulkah dia senior aku?' tanya Suhaimi sendiri. Apabila masuk waktu zuhur Suhaimi mengajak rakan-rakannya solat disurau kampus. Bersesak-sesak manusia hendak mengambil wuduk.
"Patutnya mereka bina masjid untuk semua pelajar kampus ni!" bentak Iman dan yang lain mengangguk. Dalam hati Hafiz berniat akan menyuarakan cadangan Iman dalam mesyuarat badan pelajar minggu hadapan.
Setelah makan malam dan solat berjemaah dengan kedua ibu bapa dan adik-adiknya, Suhaimi meminta diri untuk naik kebilik untuk belajar. Ibu bapa Suhaimi sangat berbangga dengan anak mereka yang sulung ini. Dari sekolah rendah hingga sekarang memang rajin belajar dna keputusan peperiksaannya juga memberangsangkan. Selepas tamat tingkatan lima tahun lepas, Suhaimi ditawarkan belajar diluar negara tapi ditolaknya mentah-mentah. Ibu bapanya tak mampu memaksa, mereka pun sayang hendak berjauhan dengan anak kesayangan mereka ini.
"Ya Allah, kau tetapkanlah hatiku, tenteramkanlah jiwaku dan jauhkanlah aku dari bisikan syaitan..ameen" Suhaimi mengaminkan doa sebelum membuka buku. Alhamdulillah semua yang diajar oleh profesor dikampus tadi diterimanya mudah. Hampir jam 12 tengah malam baru Suhaimi menutup buku kemudia menuju kekatilnya. Setelah diempuk-empukkan bantal terus dia merebahkan kepala. Ingatan gadis ayu datang lagi!
"Iman, kau kenal tak budak permepuan tu?" tanya Suhaimi sambil menunding jarinya kearah gadis ayu itu. Semasa berjalan keluar dari kelas tadi dia asyik memandang gadis itu yang sedang asyik membelek buku dikawasan rehat berdekatan tempat mereka belajar.
"Entah. Ayu sahaja yer. Kalau la semua gadis bertudung sepertinya.." Iman tersenyum
"Cuba kau tanya si Diba tu. Aku pasti dia kenal siapa gadis tu. Budak tu kenal semua orang!" cadang Iman lagi.
"Ah tak nak lah. Bukan kau tak tahu Diba tu, habis riuh sekolej ni nanti. Biarlah! bukan penting pun." tolak Suhaimi.
"jangan menyesal kemudian sudah.." Iman menyambung lagi.
Petang nanti Suhaimi akan bermain hoki menentang pasukan dari kampus lain pula. Hatinya berharap supaya gadis itu datang menyokong lagi. Entah kenapa semenjak pertemuan pertama dahulu, dia jadi tak tenteram kalau tak berjumpa dengan gadis itu. Ada sahaja yang tak kena. Lain pula bila sudah bersua, biarpun dari jauh, Suhaimi sudah tersenyum riang. Iman dan Hafzi pun pelik dengan kelakuan rakan mereka ini tetapi dibiarkan sahaja. Maklumlah lain orang lain caranya.
"Cari buah hati tak jumpa-jumpa ke?" Hafiz memerli. Dari tadi Suhaimi tak henti-henti menoleh kesan sini seperti mencari seseorang. Gadis ayu tak sampai lagi!
"Eh tak adalah. Hendak tahu berapa ramai penonton kali ni. Tak ramai macam tempoh hari. Bagus!" Suhaimi memberi alasan. Hingga tamat permainan gadis itu tidak muncul juga. Mungkin benar kata Diba, gadis itu senior mereka. Tapi dia manis....
Apabila Suhaimi melangkah masuk kekelas, dilihatnya sekumpulan pelajar sedang berkumpul. Diba bukan main lagi bercerita dengan tangannya kesana sini. 'Lucu juga Diba' Suhaimi mengejek.
"Kenapa tu?" tanya Suhaimi kepada Hafiz.
"Semalam ada senior kena tangkap basah dengan Ustaz Sabri ditaman rekreasi." Fahmi yang menjawab.
"Siapa? kesian... " balas Suhaimi. Hatinya yakin gadis ayu itu tak akan terjebak dengan perkara-perkara seperti ini. Dari jauh Diba memandang-mandang kearah kumpulan mereka. Kemudian dia berjalan menghampiri Suhaimi.
"Mi, buah hati kau main kayu tiga! dengan kapten hoki Hang Tuah! kau tak jaga betul-betul ke Mi?" Diba berterus terang dengan nada seloroh. Suhaimi bangun tiba-tiba.
"Apa? Aku tak percaya! Kau jangan bawa cerita Diba. Berdosa!" Suhaimi separuh menengking. Ditolaknya kerusi yang diduduki tadi lalu berjalan keluar kelas. rakan-rakan yang lain terpaku.
'kenapa aku marah? aku tak patut marah! kesian Diba jadi mangsa' fikir Suhaimi. Dia kesurau mengambil wuduk. Kemudian dia duduk berdekatan laci yang menempatkan kitab-kitab suci Al Quran. Diambilnya satu dan dibacanya perlahan. Dia tidak mahu syaitan terus bertapak dihatinya.
"Maafkan aku Diba. Aku tak patut tengking kau semalam. Aku minta maaf" Suhaimi memulakan bicara. Dia duduk berhadapan dengan Diba sambil ditemani Iman dan Hafiz.
"Tak apa aku maafkan. Aku pun salah juga mengacau engkau. maafkan aku juga ya" Diba membalas. Akhirnya mereka senyum kembali.
"Betulkah senior tu kena tangkap basah Diba" Suhaimi menyambung lagi selepas Iman dan Hafiz meninggalkan mereka berdua.
"Itu yang aku dengar. Masa aku lalu dibiliknya semalam, aku lihat dia menangis teresak-esak. Ada la 2-3 orang memujuk...kesian pulak aku melihat" Diba mula bercerita.
"Begitu.. Boleh tolong aku Diba?" Sambung Suhaimi lagi.
"Apadia?" tanya Diba
"Tolong sampaikan surat ini kepada senior tu boleh? katakan dari hamba Allah dan aku pinta sangat-sangat sama kau tolong diamkan perkara ni. Rahsia kita berdua sahaja tau! boleh kan?" Suhaimi menghulur sepucuk surat dari poket seluarnya. Diba menyambut.
"Baiklah Mi. Aku tahu kau budak baik. Aku tak akan aniaya kau. Percayalah dengan aku." Diba pun berlalu dengan surat Suhaimi tadi. Dia sendiri pun kurang pasti kenapa dia menulis surat itu. Isinya berkisar tentang pertemuaan mata mereka dan tentang peristiwa hitam yang menimpa gadis itu. Dia ingin tahu apakah yang sebenarnya telah terjadi.
"Assalamualeikum wbt kak... boleh saya masuk?" Diba meminta izin untuk masuk kebilik seniornya. Bilik itu walaupun kecil tetapi tuannya pandai menghias. Sejuk mata memandang, didinding penuh dengan nota-nota ulangkaji dan doa-doa. Katil bujang ditepi sudut dikemas rapi.
" 'Alaykummussalam wbt.. oh Diba, akak ingatkan siapa tadi. Masuklah..." Nurin menjemput Diba masuk. Disuakan kerusi meminta supaya Diba duduk. Nurin sedang sebuk memasukkan baju-bajunya kedalam beg besar. Sebenarnya dia dan Hakim, ketua pasukan hoki kolej Hang Tuah telah dihukum gantung seminggu akibat kejadian baru-baru ini. Nurin keliru yang amat dengan tingkah Hakim kerana ketika mereka ditangkap basah di taman tempoh hari, Hakim seakan tercengang. Dia seperti tidak tahu kenapa dia berada disitu bersama Nurin pada waktu itu dan ditempat tertutup seperti itu. Nurin pun begitu. Petang sebelumnya kedua-dua mereka menerima nota memberitahu seseorang ingin berjumpa ditaman kerana ada hal mustahak. Nurin ada mengajak Saliya untuk menemaninya tetapi Saliya sakit perut pada malam kejadian dan kebetulan orang lain kepenatan dek mnyorak perlawanan hoki pada petangnya. Maka Nurin pun memberanikan diri untuk pergi ketaman itu seorang diri. Taman itu tidak jauh dari asrama tempat dia tinggal. Apabila dia tiba disana dia melihat hakim sedang berjalan mundar-mandir lalu Nurin pun memberi salam. Belumpun sempat Nurin bertanya lebih lanjut tiba-tiba Ustaz Sabri dan beberapa orang pelajar datang menyerbu mereka berdua. Walapun mereka berdua cuba menerangkan kedudukan sebenar tetapi Ustaz Sabri seperti tidak mahu mendengar malah malam itu juga dia menelefon pengetua kolej dan esoknya terus mereka dihukum gantung.
"Diba ni nak sampaikan pesan saja kak... Ini surat dari Suhaimi" Diba menghulur sepucuk surat kepada Nurin.
"Suhaimi? Suhaimi yang mana Diba? Kenapa dia beri akak surat ni?" Nurin tidak menyambut surat ditangan Diba. Cukuplah dia ditipu sebelum ini, kesusahan sekarangpun belum tentu dapat dihadapinya inikan pula satu lagi yang datang. 'Ya Allah, berat sungguh ujianMu padaku kali ini' bisik Nurin...
"Tak apalah Diba, akak tak mahu surat tu. Diba berilah semula kepada tuannya. Kalau mahu berbicara, minta dia jumpa akak sendiri dan jangan lupa datang beramai-ramai. Akak tak mahu dia dapat susah." Nurin menolak lembut. Kemudian dia meneruskan mengemas baju-bajunya.
"Baiklah kak, akan saya khabarkan. Saya faham keadaan kakak sekarang. Maafkan saya kerana mengganggu yer" balas Diba lalu meminta diri. Nurin mengangguk lemah. Biarlah lelaki yang menghantarnya kecewa sekarang, biarlah dia seorang yang dihukum.
"Maafkan Nurin mak, bukan salah Nurin. Sumpah Nurin tak buat apa-apa dengan budak lelaki tu" Nurin memegang lutut ibunya. Semenjak sampai petang semalam ibunya belum mahu bercakap apatah lagi bertanya khabar dirinya. Kecewa betul ibu tua itu apabila mendengar berita tentang anaknya ditangkap basah dikampus. Tak lama lagi satu taman perumahan akan tahu perbuatan buruk anaknya. Bagaimana dia hendak berdepan dengan mereka.
"Tak apalah Nurin, abah tahu Nurin anak yang baik. Manusia sentiasa membuat salah, yang penting Nurin sentiasalah insaf dan bertaubat. Abah dan mak kau maafkan Nurin. Nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Abah percaya kau dianiaya orang. Sudahlah... jangan bersedih lagi" Abah Nurin memujuk. Dia kenal benar anaknya itu, tak mungkin Nurin berniat hendak memalukan mereka sekeluarga. Mesti ada orang hendak khianat, dulupun disekolah Nurin pernah difitnah mencuri tetapi akhirnya terbongkar juga pencuri sebenar. Mengapa anaknya yang jujur itu diuji begitu.
"Mak tak mahu kau tinggal disini sepanjang kau digantung. Kau pergilah tinggal dirumah nenek kau dikampung!" Ibunya menyuruh.
"Eh awak ni kenapa? Ini rumahnya, biarla dia tinggal disini!" Abah Nurin menyahut. Dia juga faham perangai isterinya itu yang mudah tersentuh. Dulupun semasa Nurin dituduh mencuri, hendak diserahkan Nurin kepada ibu mertuanya dikampung. Dia tak mahu beranakkan pencuri.
"Saya malu bang. Orang ditaman ni akan tahu nanti, mana saya nak letakkan muka saya ni! Kau memang tak habes-habes hendak menyakitkan hati mak Nurin!" sambung ibunya. Nurin terpaku. Sampai hati ibunya menuduh dia begitu sedangkan hukuman itu bukan akibat perbuatannya. Demi menjaga nama baik ibunya Nurin akhirnya setuju untuk tingal dikampung sahaja sepanjang hukuman berlangsung. Abahnya sendiri yang menghantar dia kerumah neneknya. Abahnya memesan supaya dia sentiasa bersabar dan tidak mengambil hati akan kata-kata ibunya itu. Nurin mengiyakan semuanya.
"Hello.. ermm... boleh... boleh saya bercakap dengan Nurin Ayra?" suara lelaki itu seperti kurang pasti.
"Nurin dikampung nak. Boleh pakcik tahu siapa bercakap disana?" Abah Nurin yang menjawab panggilan rupanya.
"ermm.. saya Suhaimi, rakan tempat Nurin belajar. Bagaimana Nurin sekarang pakcik?" Suhaimi semakin yakin berbicara. Niatnya baik hendak bertanya khabar gadis ayu itu jadi tidak perlulah dia takut-taku walaupun mula-mula tadi dia sedikit gugup.
"Alhamdulillah. Pakcik rasa dia sudah tenteram sedikit. Siapalah agaknya yang mengenakan anak pakcik tu. Tak habes-habes ujian buat Nurin" Abah Nurin menggeleng kepala.
"Sabarlah pakcik. Moga-moga ujian begini boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang kecil insyaAllah. Kirim salam dari saya buat nurin ya" Suhaimi mengakhiri perbualan mereka. Abah Nurin meletakkan ganggang dan berehat-rehat dikerusi diruang tamu. 'Baik juga budak tadi. Siapa agaknya?' tanya abah Nurin.
"Rin... apa sudah jadi?" tanya Farhan, sepupu Nurin apabila melihat Nurin ada dirumah nenek mereka. Setahunya sekarang bukan musin cuti.
"Aku mahu berehat disini... Kau baru balik dari kerja ya?" Nurin cuba menyembunyikan kesedihannya.
"Kau difitnah lagi ya!? Itulah siapa suruh jadi gadis manis. Mesti orang yang aniaya kau tu dengkin melihat kau dipuja ramai lelaki hehehe..." Farhan mengusik. Nurin menjelir lidahnya dan berlari masuk kedalam bilik. Setelah beberapa hari dirumah neneknya Nurin merasa bosan.
"An, jom kita ke Teluk Chempedak! Dah lama aku tak kesana" Nurin mengajak Farhan. Ditarik-tarik tangan sepupunya itu sehingga hampir terjatuh.
"Ish dia ni macam budak-budak. Ajak kahwin nanti baru tau!" balas Farhan. Niatnya suci....
"Nak pergi ke tak ni?" Nurin merajuk. Farhan memang suka memujuk, manis sungguh rupa Nurin apabila merajuk. setelah beberapa lama mereka pun bertolak ke pantai. Mereka berjalan-jalan menyusuri pantai. Fikiran nurin tenang disitu, farhan juga begitu. Mereka diam membisu.
"An jom balik!" Tiba-tiba Nurin mengajak Farhan balik. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan Farhan terpinga-pinga ditepi pantai.
"Nurin, nurin..." Farhan menoleh kearah suara itu. Seorang lelaki sebaya Nurin berlari-lari memanggil nama sepupunya itu.
"Jangan hakim. Jangan jumpa aku disini. Kau mahu kita ditangkap lagi?" Nurin teresak-esak apabila Hakim memaut lengannya meminta dia berhenti.
"Kau tahu kita tak salah. Kenapa kau menyiksa diri kau sendiri?" Hakim seakan memujuk. Tahulah Farhan kenapa Nurin berubah sikap mendadak tadi. Dia memberi salam kepada Hakim dan mereka bersalaman.
"Sudahlah Hakim. Aku tahu kita tak salah tapi orang lain kata kita salah. Kita dikelilingi mereka. orang tuaku sendiri tak mahu percaya kita tidak bersalah. Janganlah kau tambah sedih aku ni. Pergilah kau!" Nurin memalingkan muka dari hakim. Hatinya pedih apabila melihat lelaki itu. Dia tahu bukan salah mereka tetapi ingatannya tidak boleh luput dari peristiwa dia ditangkap malam itu dan kemudian dihalau oleh ibunya.
"Bukan kau seorang yang menanggung malu Rin. Keluarga aku juga, bahkan tunang aku juga. Aku juga sudah kehilangan orang yang aku sayang Nurin. Akma dah putuskan pertunangan kami" mata Hakim merah menerangkan keadaannya. farhan sendiri tak sangka begitu sekali mereka menanggung akibat khianat orang.
"Siapa agaknya yang dengkikan korang berdua ni ya? kejam betul!" Farhan tidak puas hati.
"Entahlah, saya pun tak tahu" hakim membalas.
"Siapa punya hadiah ni?" tanya Nurin apabila melihat ada kotak diatas katinya berbalut cantik. Dia baru sampai dari kampung dihantar abahnya. Kini seminggu sudah habis dan dia boleh menyambung pelajarannya dikampus.
"Semalam si Diba datang. Dia yang letakkan kotak tu disitu." balas Zura, teman sebilik Nurin.
Nurin mencapai kotak itu dan membuka sampul surat diatasnya.
Buat saudari Nurin,
Sudilah kiranya saudari menerima pemberian saya yang tak seberapa ini. Ikhlas dari saya.
Dari jauh,
Suhaimi
Nurin melipat kad kecil tadi. Kotak hadiah itu disimpan elok didalam almari bajunya tidak dibuka. Nurin tidak mahu berbudi dengan orang apatah lagi orang yang tidak dikenalinya. Selepas solat Maghrib Nurin memulakan ulangkaji dengan bantuan Zura. banyak juga pelajaran baru yang perlu dikuasainya. hatinya masih tertanya-tanya siapakah Suhaimi yang memberinya surat dahulu dan hadiah tadi.
"Mi, ada orang panggil diluar!" Diba melambai-lambai tangannya dari jauh. Suhaimi bingkas bangun dna menuju kearah gadis kecil molek itu.
"kak, inilah Suhaimi. Mi, ini kak Nurin" Diba memperkenalkan mereka berdua. Nurin berlagak selamba tetapi Suhaimi basah dengan peluh, mukanya merah. Lidahnya tak dapat menuturkan awalau sepatah perkataan apabila berdepan dengan gadis ayunya itu.
"Adik beri saya hadiah semalam kan? terima kasih ya..." Nurin memulakan bicara. Diba tersengih disebelahnya manakal Suhaimi masih membisu. Mereka bertiga sudahpun mengambil tempat dibangku rehat berdekatan kelas Suhaimi.
"errr... ya saya yang bagi. Bagaimana cuti dikampung?" tanya Suhaimi tergagap-gagap. Wajah Nurin berubah tiba-tiba.
"Mana awak tahu saya bercuti dikampung?" suara Nurin meninggi. Dalam hati dia berkira-kira dari mana lelaki dihadapannya tahu dia bercuti dikampung, bukan dirumah orang tuanya sendiri.
"Maafkan saya, semasa Nurin bercuti tempoh hari saya ada menelefon kerumah tapi orang tua Nurin beritahu saya Nurin dikampung" Suhaimi yakin menjawab. Diba masih berdiam diri disitu. Nurin yang mengajaknya berjumpa Suhaimi sekali. Setelah berbual sekadar yang patut mereka pun bersurai. Suhaimi dan Diba masuk ke kelas semula manakala Nurin terus ke kantin, dari pagi tadi dia belum menjamah apa-apa. Hadiah yang diterimanya semalam menurut Suhaimi hanya sekadar untuk mengucapkan selamat kembali buat dirinya. Setelah mendengar semua itu Nurin setuju untuk menyimpan hadiah tersebut, hatinya berbunga-bunga kerana masih ada orang yang menganggap baik tentang dirinya.
"Diba, Suhaimi jumpa siapa tadi?" bisik Suraya. Dia sibuk memerhati Suhaimi bersembang diluar kelas dengan Nurin dan Diba, hatinya dengki. Suraya juga satu jurusan dengan Suhaimi dan Diba. Dulu dia pernah menyuarakan perasaan hatinya kepada Suhaimi tetapi ditolak baik atas alasan Suhaimi masih muda dan mahu menumpukan kepada pelajaran. Suhaimi mahu mereka menjadi kawan sahaja dan Suraya terpaksa setuju.
"kak Nurin, senior kita tu. Ada hal sedikit.." Diba cuba menyembunyikan perkara sebenar. Dia juga maklum akan perasaan Suraya terhadap Suhaimi kerana gadis itu selalu bercerita kepadanya dan dia sendiri pernah menjadi orang tengah antara mereka.
"Kau tahu apa halnya?" Suraya ingin tahu lebih lanjut.
"Entah lah, aku cuma diminta menemankan kak Nurin sahaja.. yang lain aku tak ambil tahu. Eh, jom kita pergi makan!" Diba menukar tajuk perbualan. Suraya akur dan mengikut Diba ke kantin.
"Iman, aku dah tahu siapa gadis ayu dulu tu. Semalam kami bertemu muka.." Suhaimi senyum bercerita. Iman sikitpun tidak terkejut tetapi lain pula keadaannya untuk hafiz. Dia seperti tidak senang tapi sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaannya itu. Dulu semasa dia mula-mula belajar di kampus itu, diapun tertarik dengan kelembutan Nurin. Berpucuk-pucuk surat dihantar kepada gadis itu tetapi Nurin tidak pernah membalas. Sejak itu dia tidak pernah menyukai gadis itu. Baginya perempuan semuanya sama, memilih lelaki kerana rupa dan harta.
"Baguslah Mi tapi jangan pula kau abaikan study kau! exam final dah dekat ni" Iman memberi nasihat. Suhaimi mengangguk, dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Didalam hati Suhaimi amat beryukur dapat bertemu dengan rakan-rakan yang baik seperti Iman dan Hafiz. 'Alhamdulillah' Suhaimi berkata didalam hati...
"Nurin pernah berkawan dengan lelaki sebelum ini?" Suhaimi membuka mulut selepas membuat pesanan di restoran makanan segera. Dua hari dia mengajak Nurin keluar makan dengannya baru hari ini gadis itu bersetuju. hati Suhaimu berbunga dapat bersama gadis ayu hatinya.
"Ramai. Kawan-kawan sekelas saya kan ramai lelaki" Nurin mengejek. Dia faham akan soalan Suhaimi tetapi malas hendak menjawab.
"Ahh Nurin sengaja tidak mahu menjawab. Pasti gadis secantik Nurin menjadi pujaan ramai lelaki kan? Syukur Nurin sudi keluar dengan saya dan bukan mereka. Ramailah yang gigit jari diluar sana.. hahaha" Suhaimi mengusik. Air muka Nurin berubah.
"Cukuplah orang berdengki dengan saya. Kalau Suhaimi rasa perhubungan kita boleh membuat orang lain terasa hati, eloklah kita berhenti disini sahaja. Saya tak mahu Suhaimi dapat susah.." ada air mata yang mengalir dipipi Nurin. Suhaimi jadi serba salah.
"Maafkan saya, saya cuma mengusik tapi apa yang saya katakan benar Nurin. Saya rasa sayalah manusia paling bertuah dapat bersama-sama dengan Nurin sekarang ini. Semenjak saya melihat Nurin dipadang dulu, hati saya sentiasa berdebar-debar. mungkin ini yang mereka panggil cinta... saya... saya... errmmm... saya cintakan Nurin.." Suhaimi memandang tepat kearah Nurin.
"Tak mungkin. Suhaimi memandang rupa, belumpun kenal orangnya masakan boleh jatuh cinta?" Nurin membalas.
"Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini Nurin. Saya sanggup mengambil risiko jika Nurin bukan seperti yang saya sangkakan. Saya pun banyak kekurangannya, sanggup Nurin bersabar dengan saya?" lembut sahaja suara Suhaimi. Nurin tunduk, lama juga dia begitu.
"Sayapun... saya sukakan awak juga Suhaimi..." Nurin masih menundukkan muka tetapi ada senyuman dibibirnya.
"Sayang malu ya?" usik Suhaimi.
Dunia Suhaimi bertambah ceria. Sering sahaja dia dilihat bersama Nurin belajar di perpustakaan. Kadang-kadang hanya mereka berdua tetapi selalunya Iman ikut serta. Hafiz pula semakin menjauhkan diri, didalam kelaspun dia tidak mahu menegur Suhaimi mahupun Hafiz. Puas diajak bersembang tetapi ada sahaja alasan yang diberikan.
"Mi, apa salah kita?" Iman mengerutkan dahi. Baru tadi dia menegur Hafiz tetapi dibalasnya dengan suara lantang meminta supaya jangan bercakap dengannya lagi. Kecil hati Iman diperlakukan begitu.
"Entahlah man. Puas aku berfikir tapi tak adapun apa-apa seingat aku..." balas Suhaimi. Seketika kemudian Nurin tiba dan mereka bertiga pun berjalan ke kantin.
"Mak tengok anak mak ni gembira saja sejak akhir-akhir ni.." Ibu Suhaimi mengusap-usap kepalanya semasa mereka dimeja makan.
"Tak ada apa mak cuma Mi dah jumpa bakal menantu mak.." mereka sama-sama ketawa. Ibunya tahu dia tidak akan mengabaikan pelajaran walaupun mempunyai kekasih hati.
"Mak, hujung minggu ni Mi bawa Nurin datang kerumah ya?" Sudah lama Suhaimi berhajat demikian tetapi belum ada masa yang sesuai.
"Boleh. Makpun nak jumpa juga bakal menantu mak tu.." balas ibunya. Suhaimi gembira dengan reaksi tersebut. Dia juga amat pasti ayahnya juga akan menyukai Nurin apabila mereka berjumpa dengannya nanti.
"Malulah Mi. Perlukah Nurin kerumah Mi?" Nurin kurang bersetuju dengan cadangan Suhaimi. Masakan dia mahu pergi berjumpa dengan orang tua Suhaimi sedangkan mereka baru sahaja berkawan tiga bulan.
"Rin tak mahu jumpa mak mertua ke? Mak Mi nak sangat tengok bakal menantunya tau!" usik Suhaimi.
"Nakal la Mi ni..." Nurin memalingkan muka tanda merajuk tetapi akhirnya bersetuju juga setelah dipujuk Suhaimi. Suhaimi berjanji untuk menjemput Nurin pada hari Ahad nanti.
"Mi, ayah dapat tahu yang kawan MI si Nurin tu pernah buat perangai tak senonoh. Ayah tak mahu kau berkawan dengannya lagi. Ayah tak mahu anak ayah berperangai rak senonoh juga!" Suara ayahnya sedikit menengking. semasa dipejabat tadi ayah Suhaimi menerima panggilan misteri dari seorang lelaki yang mengaku sebagai kawan Suhaimi dikampus. Lelaki itu menerangkan kepada ayahnya bahawa Nurin bukanlah budak baik seperti yang diceritakan oleh Suhaimi. lelaki itu juga meminta mereka sekeluarga berjaga-jaga dan memberi amaran supaya Suhaimi meninggalkan gadis itu jika mahu terus hidup. Ayahnya terus meminta cuti selepas mendapat panggilan tersebut dan pulang kerumah. Diceritakan peristiwa itu kepada isterinya dan kini kedua-duanya amat susah hati.
"Nurin budak baik ayah. Dia difitnah!" bentak Suhaimi.
"Kau jangan lawan cakap ayah Mi. Jangan jadi anak derhaka! Sudah, jangan kau berkawan dengan budak perempuan tu lagi! faham!?" kali ini suara ayahnya betul-betul meninggi. terkejut Suhaimi dan ibunya. Suhaimi mati akal dengan perlakuan orang tuanya sedangkan sebelum ini ibunya sudah tidak sabar hendak berjumpa dengan gadis ayu tersebut.
Puas Nurin menunggu Suhaimi didepan pagar asrama kolej tadi tetapi bayang Suhaimipun tak nampak. Dihatinya berdoa supaya jangan berlaku perkara yang tidak baik kepada lelaki kesayangannya itu. Setibanya Nurin dibilik setelah hampir sejam menunggu Suhaimi dia ternampak sekeping nota diatas katilnya. Terus dicapai nota itu dengan harapan ianya dari Suhaimi.
Suhaimi hanya mahu mepermain-mainkan kau selama ini. Kau perlu sedar siapa diri kau, perbuatan-perbuatan kau sebelum ini. Kalau sudah kotor tu, sampai bila-bilapun kotor.
Nurin terperanjat dengan isi nota tersebut. Benarkah Suhaimi mempermain-mainkannya selama ini? Kenapa dia tidak datang seperti yang dijanjikan hari ini? Siapa yang menulis nota ini? Dia mengejutkan Zura yangs edang lena dikatil dan bertanyakan pengirim nota tersebut. Zura yang masih terpinga-pinga menggelengkan kepala tidak tahu. Teresak-esak Nurin menangis dikatilnya.
"Kenapa begini nasib aku Zura? Apa salah aku? Kenapa Suhaimi mempermain-mainkan aku?" teriak Nurin. Zura disebelah cuba menenangkan.
"Kita belum tahu siapa pengirim surat ini dan kenapa Suhaimi tidak datang pagi tadi. janganlah kau berburuk sangka Rin... Mungkin ini khianat orang yang berdengki dengan korang berdua..." Zura memujuk lagi. Diapun tidak tahu kenapa kawan sebiliknya itu asyik ditimpa musibah. Satu hari Nurin berendam air mata.
"Iman, kau nampak Suhaimi?" Nurin bertanya kepada rakan baik kekasihnya.
"Mi? tak.. ermmm tak nampak Nurin. Ada apa-apa pesanan untuknya?" Iman menipu dan dia tahu Nurin perasan tapi apalah dayanya. Suhaimi meminta supaya dia berdalih jika Nurin bertanya tentang dirinya. Bila ditanya mengapa Suhaimi hanya berdiam diri. Setelah Nurin menghilang dari pandangan, Suhaimi muncul.
"Kenapa kau buat Nurin begitu? Kesian dia Mi." Iman bertanya.
"Entahlah Man. Tunggulah bila tiba masanya, akan kuceritakan tetapi janganlah kau salah anggap terhadap aku pula Man" Suhaimi merendahkan suara
"Tidak Mi. Aku kenal kau dah lama dan aku tahu budi pekerti kau. Kau mesti ada sebab untuk perbuatanmu tetapi aku mohon kau jangan siksa Nurin sampai begini." Iman menambah. Dia kasihan dengan gadis itu dan dalam masa yang sama dia menghormati keputusan rakan baiknya itu.
"Mi...Mi..." Nurin memanggil-manggil Suhaimi yang sedang berlatih dipadang. Iman mencuit bahu Suhaimi dan menunjuk kearah Nurin. Mahu tidak mahu Suhaimi melangkah kearah gadis itu.
"Kenapa Mi? Kenapa buat Rin macam ni? Apa salah Rin?" mata Nurin bergenang. Suhaimi tidakpun memandang kekasih hatinya itu.
"Jangan cari Mi lagi Nurin. Biarlah sampai disini sahaja.." Suhaimi membalas, kepalanya tunduk memandang rumput ditepi padang itu.
"Tapi kenapa? Apa salah Rin? Dulu Mi sendiri yang yakinkan Rin supaya jangan mendengar cakap orang, kenapa sekarang Mi dah jadi seperti mereka?" Nurin meninggikan suaranya.
"Memang dulu Mi yang bercakap begitu tapi Mi juga tak akan engkar cakap orang tua. Maafkan Mi." Suhaimi berlalu meninggalkan Nurin yang terpinga-pinga. Apakah maksud ayat Suhaimi. Kenapa orang tuanya pula yang terlibat. Nurin bertambah keliru.
Sayangku Nurin,
Aku dah lama mengidamkan kau sayang. Sekarang kita sudah boleh bersama bukan? Lupakanlah Suhaimi! Aku akan tetap menuggumu sayang.
Kekasihmu
Terkejut besar Nurin membaca nota kecil diatas katilnya. Jenis kertas dan tulisannya sama seperti nota yang diterimanya sebelum ini. Siapakah yang menggemarinya hingga sanggup memporak-perandakan hubungannya dengan Suhaimi itu? Nurin menangis sampai tertidor. Dia hanya tersedar apabila mendengar suara Zura mengejutkannya dari tidor. Terus dia beristighfar dan bersolat asar. Malam nanti dia akan keluar makan dengan Farhan. Sepupunya itu kebetulan datang ke situ atas urusan kerja lantas ingin berjumpa dengannya.
"An... lambatnya!" Nurin merungut kerana farhan lambat setengah jam.
"An ambil kawan An tadi. Ini Hafiz" An memperkenalkan rakannya kepada Nurin.
"ermm... awak belajar disini juga kan?" nurin mnyoal lelaki ditenpat duduk hadapan kereta sepupunya itu.
"ya... saya junior saudari. Nurin ya?" lelaki itu menghulur tangan tapi dibiarkan Nurin. Mana mungkin dia bersalam dengan bukan muhrimnya. Lelaki itu malu sendiri.
"Kita makan di restoran kegemaran Rin ya?" Farhan mengajak. Nurin mengangguk sahaja. setelah mengambil tempat direstoran yang dikatakan itu, Farhan terus bercerita tentang keadaan dikampung. Semuanya sihat katanya.
"Saya rasa saya pernah lihat Hafiz sebelum ini, tapi dimana ya?" Nurin memandang kearah Hafiz, lelaki itu serba salah.
"Ermm.. mungkin dipadang hoki dulu. Kolej saya menentang kolej Hang Tuah dulu kan?" Hafiz menjawab.
"Ohh.. mungkin juga" Nurin tersenyum. Ketika sedang makan, Hafiz meminta diri kebilik air maka tinggallah Nurin dan Farhan sahaja dimeja.
"Rin... kalau An cakap sesuatu boleh?" Farhan memegang pergelangan tangan Nurin. Terkejut Nurin dengan perlakuan sepupunya itu. Sebelum ini Farhan tidak pernah seberani begitu. Nurin membiarkan sahaja.
"Apadia?" Nurin menjawab perlahan.
"An ... An rasa.. ermmm... An rasa An sayangkan Rin.." genggaman Farhan makin kemas. Nurin tersentak dan menarik tangannya tapi gagal. Tiba-tiba Nurin berasa tidak senang dengan percakapan mereka.
"Kita kan sepupu An. Janganlah begini, Rin anggap An macam abang Rin sendiri tak lebih tak kurang An..." Nurin berlagak tenang.
"Tapi Rin.... hati An hanya untuk Rin sahaja. An tak dapat lupakan Rin sayang..." Nurin tambah terkejut. Terus dia berdiri dan meminta dihantar pulang. Sepupunya itu dirasakan sudah melampaui batas. Serentak itu Hafiz datang dan mereka pun pulang.
"Percayalah Rin, hati An hanya untuk Rin..." Farhan berbisik semasa Nurin hendak turun dari kereta.
Zura terkejut melihat wajah Nurin pucat lesi, lantas dia bertanya kepada Nurin apakah yang sudah terjadi.
"Berat sungguh kepala aku Zura. Suhaimi membenci aku, surat misteri datang bertalu-talu dan sekarang sepupuku pula menyatakan rasa sayangnya padaku." Nurin menangis dibahu sahabat baiknya itu. Zura cuba menenangkan, sungguh dia kasihan dengan situasi Nurin sekarang.
"Sabarlah Rin... berdoa banyak-banyak.." Zura memujuk.
"Diba, Diba kenal budak bernama Hafiz?" Nurin menyoal Diba. Hatinya asyik mengatakan bahawa ada sesuatu disebalik persahabatan hafiz dan sepupunya Farhan. tak mungkin mereka hanya bersahabat biasa sedangkan Farhan duduk jauh dikampung dan Hafiz satu tempat belajar dengannya.